Posts

Showing posts from June 11, 2011

5 Panduan Mengajar Kemahiran Membaca Kepada Anak Autisma

Image
Seperti yang Teacha nyatakan sebelum ini,  tahun ini kelas Teacha ada seorang anak murid Autisma yang sudah boleh membaca dalam Bahasa Malaysia mahupun dalam Bahasa Inggeris. Bagaimanapun, banyaknya RM belum memahami ayat / perkataan yang dibacanya. 
Teacha pun serchinglah di internet. Mencari idea. Takkan kerana tidak ada dalam silibus KSSRPK kemahiran membaca, TeaCha pun lepaskan peluang nak ajar RM membaca dan memahami petikan. RM perlu di ambil peduli juga. TeaCha rancang dalam memodifikasikan tingkah-lakunya dan kosentrasinya, TeaCha boleh menggunakan kaedah membaca ini secara tidak lansung. Sebelum itu, TeaCha kena fikirkan perkara yang menarik minatnya dan juga sekaligus  membolehkan dia menyiapkan tugasan tersebut. Kanak-kanak autisma juga boleh membaca dan perlu diajar membaca. Ada kenyataan menyatakan sekalipun kanak-kanak tersebut mengalami masalah komunikasi teruk, kanak-kanak tersebut boleh di ajar membaca. Dengan mengajarnya membaca, sebenarnya boleh membantu secara tidak…