Saturday, June 11, 2011

5 Panduan Mengajar Kemahiran Membaca Kepada Anak Autisma

Seperti yang Teacha nyatakan sebelum ini,  tahun ini kelas Teacha ada seorang anak murid Autisma yang sudah boleh membaca dalam Bahasa Malaysia mahupun dalam Bahasa Inggeris. Bagaimanapun, banyaknya RM belum memahami ayat / perkataan yang dibacanya. 

Teacha pun serchinglah di internet. Mencari idea. Takkan kerana tidak ada dalam silibus KSSRPK kemahiran membaca, TeaCha pun lepaskan peluang nak ajar RM membaca dan memahami petikan. RM perlu di ambil peduli juga. TeaCha rancang dalam memodifikasikan tingkah-lakunya dan kosentrasinya, TeaCha boleh menggunakan kaedah membaca ini secara tidak lansung. Sebelum itu, TeaCha kena fikirkan perkara yang menarik minatnya dan juga sekaligus  membolehkan dia menyiapkan tugasan tersebut.
Kanak-kanak autisma juga boleh membaca dan perlu diajar membaca. Ada kenyataan menyatakan sekalipun kanak-kanak tersebut mengalami masalah komunikasi teruk, kanak-kanak tersebut boleh di ajar membaca. Dengan mengajarnya membaca, sebenarnya boleh membantu secara tidak lansung boleh membantu kanak-kanak ini berkomunikasi. Dalam mengajar kanak-kanak autisma ini membaca, kaedah yang digunakan adalah sedikit berbeza. Pendekatan yang digunakan ialah pembelajaran visual dan perkataan berbentuk arahan. Pendekatan ini boleh dilaksanakan di kelas mahupun di rumah. 

Sebelum itu, perkara yang perlu disediakan ialah:
1. Kertas Board 
2. Maker Pen
3. Bakul
4. Alat untuk bacaan
5. Alat tulis (untuk menulis dan melukis)
6. Kamera Digital
7. Buku Nota

PANDUAN 1.
Gantungkan beberapa kad perkataan pada dinding. Perkataan pada kad terdiri perkataan yang telah di ketahui dan juga perkataan baru bagi mereka. Contohnya perkataan "lari', arah anak tersebut gantungkan perkataan "lari" di sebelah perkataan "saya" (anggaplah perkataan "saya" sudah difahami) sambil menyebut dan mengulang perkataan tersebut. 
Jika perlu beberapa perkara boleh dilakukan mengikut keupayaan anak murid;
1. Arahkan anak murid melukis perbuatan "berlari" di sebelah kad perkataan "lari".
2. Arahkan anak murid melakukan perbuatan "belari"
3. Arahkan anak murid memadankan perkataan "lari" dengan kad imbas "berlari".
*** panjangkan / pelbagaikan ayat mengikut keperluan dan lakukan secara berulang.

PANDUAN 2. 
Isi bakul atau baldi dengan pelbagai jenis bahan bacaan. Bahan-bahan ini boleh berkisar dari fiksyen dan buku non-fiksyen kanak-kanak, majalah alam, manual, brosur perjalanan, atau apa pun yang bergambar atau diagram. Pastikan juga anda menyertakan bahan bacaan yang berkaitan dengan topik yang dipelajari dan juga mampu menarik minat mereka.

PANDUAN 3.
Di satu bahagian di bilik, sediakan satu pusat menulis. Sediakan pelbagai jenis peralatan menulis dan melukis dalam pusat tersebut seperti pen, pensel, marker, warna lilin, pensel warna, chop dan papan menulis magnetic. Galakkan anak murid untuk sering menggunakan peralatan tersebut walaupun kelihatan mereka tidak pun menulis sesuatu perkataan yang dibacanya. 

PANDUAN 4. 
Hasilkan sebuah buku berdasarkan aktiviti yang dilakukan di dalam bilik darjah / rumah. Gunakan kamera digital untuk mengambil gambar pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh anak murid dan tampalkan gambar yang sudah dicetak di dalam buku nota yang disediakan. Galakkan anak murid untuk "membaca"  buku tersebut dengan menambah atau memberi keterangan sendiri terhadap gambar yang dilihat. Atau biarkan  meraka imlak keterangan yakni guru/ibubapa menulis keterangan yang disebut anak murid dan kemudiannya baca kan semula keterangan tersebut kepada mereka.

PANDUAN 5. 
Bacakan kepada mereka sekerap mungkin. Jelaskan detail dalam gambar, dan minta mereka untuk melakukan hal yang sama untuk memastikan bahawa mereka memahami apa yang anda baca.


**TIPS & !!AMARAN
**  Fokus pada perkataan yang anak murid bermotovasi untuk belajar. Contohnya, jika anakmurid suka belajar tentang bunga, membaca tentang bunga, tengok bunga, dan galakkan mereka untuk mengimlakkan cerita bagaimana bunga tersebut membesar/tumbuh.

!! Meskipun kebanyakkan kanak-kanak belajar dengan baik dengan pendekatan phonics, ini sebenarnya jarang berlaku untuk anak autisma. Fokus pada pengajaran bahasa secara keseluruhan sebagai gantinya. Jangan memaksa anak-anak untuk membaca. Sebaliknya, sediakan mereka dengan persekitaran yang boleh memotivasikan mereka untuk mahir dalam kemahiran membaca.

No comments:

Selamat Hari Guru: Peningkatan Profesionalisma Guru Prasekolah Pendidikan Khas.

PENAFIAN :  SEBARANG HATI YANG TERGURIS KERANA PERKONGSIAN INI MOHON JGN DISIMPAN DALAM HATI. PENULISAN INI ADALAH HASIL TUGASAN SAYA. ...