Sunday, June 19, 2011

Yuuu Huuu! Hari Ahad Petang sudah! esok sekolah dah.... Hari ni TeaCha tetiba teringat angan-angan dan impian TeaCha untuk mengubah persekitaran teratak. Terus terang TeaCha katakan TeaCha tidak berapa suka dengan beberapa "interior design" dalam terak kita kita. Kenapa TeaCha tidak berapa suka? ( Maaf yah... buka TeaCha kurang bersetuju dengan hasil kerja guru atau yang terlibat sebelum ni.... TeaCha amat menghargai... TeaCha kalian faham.... kita ini berbeza dan keperluan serta kesesuaian murid juga berbeza......Sekali lagi maaf jika TeaCha bunyi macam "individualistik"...hehehe,  TeaCha sebenarnya stress dibelenggu bayang2 org sebelum TeaCha...oleh itu TeaCha kena buat "renovation" utk membaca "cara" TeaCha sendiri...)

Sebenarnya...makin hari makin TeaCha tidak bermotivasi dan meneruskan angan2... namanya pun dah angan2.... so TeaCha kena tukar jadi IMPIAN atau MATLAMAT. TeaCha dah buat pelan strategik nak buat benda ni.... alih2 tangguh punya tangguh dan beberapa kekangan akhirnya.......... Tak pa lah hari ini TeaCha mengumpul maklumat semula.... jom kita tgk teratak orang lain dan belajar dari situ! Bila dah siap Pelan Strategik ni... Semoga ianya bukan IMPIAN SIOK SENDIRI TeaCha.... ;-)

Setelah hampir lima tahun berkecimpung dalam bidang perguruan pendidikan khas bermasalah pembelajaran ini. TeaCha perhatikan banyak sekali yang perlu TeaCha pelajari dan perlu ubahsuai mengikut cantuman ilmu dan pengalaman demi kebaikan yang diajar dan juga pengajar macam TeaCha. 
Teacha percaya umum sudah tahu dan jelas bahawa tumpuan anak-anak bekeperluan khas ini mudah terganggu terutamanya ketika sedang menyiapkan tugasannya. Berdasarkan TeaCha, beberpa perkara yang berkemungkinan besar menganggu daya tumpu anak-anak khas ini. 

Pernahkah anda masuk sebuah bilik yang berwarna warni dan anda berasa kurang selesa atau pun tiba-tiba anda rasa stress dengan sekitar itu. Dengan warna-warna terang dan pelbagai itu membuatkan anda seperti ingin pening, pandangan kurang selesa. 

Warna memberi boleh faktor kepada apa emosi kita. Bagi anak-anak khas ini, terlalu banyak warna pada dinding serta poster atau arahan-arahan yang berwarna-warni yang menarik ditampal atau dipaparkan pada dindidng kelas sebenarnya bukan sahaja boleh mengganggu tumpuan murid untuk menyiapkan tugasannya malah emosinya dan seterusnya menimbulkan tingkah laku tidak diingini.

Ryn- seorang anak autism, dia lebih tertarik menulis semula huruf-huruf jawi yang ada di dinding berbanding menyiapkan tugasannya memadankan nombor dengan bilangan gambar. ;-).
 Masalahnya, Ryn akan menconteng lantai dan dinding.... ;-).


Bunyian dari dalam atau luar kelas juga boleh menjadi faktor kepada gangguan tumpuan anak-anak khas. Contohnya bunyi dari Kakak Ain menggoreng ayam..hehehe, bunyi dari printer TeaCha sedang cetak lembaran kerja, bunyi dari Ustazah Nur membuka grill dan bunyi dari beberapa peralatan elektrik seperti penghawa dingin, pemanas air dan etc. Bunyian dari luar seperti murid lain yan lalu lalang, bunyi enjin/hon kereta serta bunyi pembesar suara juga boleh mengganggu kosentrasi mahupun emosi murid.

Nas- Seorang anak yang dikategorikan mental development delay (fizikal juga sebenarnya) mudah terganggu sekiranya ada bunyi mesin rumput, traktor, lori dan kapal terbang lalu. serta merta Nas lari mencari arah bunyi tersebut serta sanggup ke arah kenderaan tersebut tidak pun, berdiri depan pintu atau tepi tingkap dalam tempoh masa yang lama dengan "kosentrasi yg mendalam". Tindakannya sangat berbeza bila berhadapan dengan aktiviti p & p atau tugasan.

Cahaya! Cahaya bukan sahaja boleh menimbulkan "stress" pada mata kita sebagai orang dewasa. Ada ketika jika cahaya terlalu terang atau malap, boleh mengakibatkan emosi kita juga terganggu. Dengan itu, cuba kita fahami kanak-kanak khas. Berbeza dengan mereka, kita sebagai orang dewasa berupaya mengawal emosi kita. Sebaliknya, kanak-kanak terutamanya anak-anak khas hanya menunjukkan ketidak selesaan dengan ekpresi emosi, tingkah laku dan kosentrasi. Lampu cahaya kalimantang atau cahaya di luar yang terlalu terang misalnya boleh menganggu penglihatan mereka dan juga boleh datang bersama dengan haba panas.

Faktor gangguan-gangguan di atas datang secara tidak lansung dan datangnya adalah sesuatu yang agak mustahil untuk kita mengelaknya 100%. Apa yang boleh kita usahakan ialah mengurangkannya atau meminimakan punca-punca gangguan tersebut. Menyediakan sebuah kelas yang kondusif, dan lebih selesa untuk anak-anak khas ini perlu mengambil kira keperluan serta praktikalnya "dekorasi" kelas tersebut untuk pergerakkan dan pembelajaran secara lansung atau tidak lansung. Terlalu banyak perabot boleh menyekat luasnya pergerakkan. Terlalu tersusun / disimpan rapi alat permaianan boleh menyekat kebebasan  dan peluang anak-anak khas ini menggunakan alat tersebut dan ini secara tidak lansung menyekat kreativiti dan pembelajaran mereka melalaui bermain. TeaCha lebih suka anak-anak TeaCha bebas menyentuh dan bermain dengan alat2/bbm yang ada. Melalui itu, TeaCha boleh melihat sikap ingin tahu mereka, TeaCha boleh melihat samada mereka tahu fungsi alat bbm tersebut dan juga cara untuk mendisiplinkan diri mereka untuk menyimpan semula peralatan mengikut kategori selepas menggunakannya. 

Ermmm.... Teacha ada mengumpul beberapa maklumat mengenai "setting" yang kondusif dan praktikal ini untuk anak-anak kahs ini. Sebenar untuk mencari idea untuk transformasi teratak kami juga... kalaulah tiada halangan dan jodoh TeaCha panjang di sini.....

Bila TeaCha melayari internet mencari rujukan ternyata, apa yang dalam fikiran TeaCha tentang sebuah interior sebuah kelas untuk anak-anak khas adalah lebih kurang seperti mana tip atau panduan yang diberikan oleh 'rujukan2' tersebut. Tidak perlu terlalu "sesak" dan beberapa perabot/peralatan yang sepatutnya ada tapi tiada atau yang sepatutnya tiada tapi ada.. ;-). 

Jom! kita lihat tip2 berikut: - Sumber: Do 2 Learn (sila klik untuk ke web)

Tips for Creating a Calming and Predictable Environment
  • Simplify room layout by designating specific areas for defined activities. An example of a Pre-K classroom for children in the Wake County School system shows distinct areas for activities such as reading, work, snack and music. Clearly label the areas and storage using color coding or a pictorial system.
  • Designate specific areas for quiet work.
  • Only post necessary information such as schedules, examples of children's work, classroom expectations, and information that is to be used for instruction.
Careful Seating Arrangements Can Lessen Distractions                 
  • Arrange chairs in a horseshoe array
  • Seat away from doorways, windows, and high traffic areas such as the pencil sharpener
  • Place easily distracted children and those who require the most assistance near the instructor
  • Provide special types of seating arrangement for quiet or calm down areas of the room. Examples are a "thinking time" chair that acts as a quick reminder about the consequences of inappropriate actions, where the child sits away from teacher and peer reinforcement, and "waiting chair" to help diffuse the anxiety of waiting for a turn.
  • Feet support can help for short legs that cannot reach the ground.
  • Floor lamps and non-fluorescent lighting systems can eliminate some of the extraneous sounds and glare. Remove fluorescent lights and replace them with string of lights that are above each desk to cut glare. Use as much natural lightening as possible.
  • If a child is easily distracted by noise, use headphones that cover the whole ears (not earplugs) to block out sounds. It is particularly important to have children use headphones when working at the computer to avoid distracting other children.
  • Keep classroom supplies in a consistent location.
  • Regulate the classroom activity flow by having specific activities the student can independently complete when they are finished with their required work and need to quietly continue doing an activity.
  • If the room is not easily modified, another solution may be to create a place away from other children within the room with something like a separate carrel or study tent.


Suka cita TeaCha sertakan link2 yang Teacha boleh rujuk dan rujuk (akan ditambah dari semasa...)...

Saturday, June 11, 2011

Seperti yang Teacha nyatakan sebelum ini,  tahun ini kelas Teacha ada seorang anak murid Autisma yang sudah boleh membaca dalam Bahasa Malaysia mahupun dalam Bahasa Inggeris. Bagaimanapun, banyaknya RM belum memahami ayat / perkataan yang dibacanya. 

Teacha pun serchinglah di internet. Mencari idea. Takkan kerana tidak ada dalam silibus KSSRPK kemahiran membaca, TeaCha pun lepaskan peluang nak ajar RM membaca dan memahami petikan. RM perlu di ambil peduli juga. TeaCha rancang dalam memodifikasikan tingkah-lakunya dan kosentrasinya, TeaCha boleh menggunakan kaedah membaca ini secara tidak lansung. Sebelum itu, TeaCha kena fikirkan perkara yang menarik minatnya dan juga sekaligus  membolehkan dia menyiapkan tugasan tersebut.
Kanak-kanak autisma juga boleh membaca dan perlu diajar membaca. Ada kenyataan menyatakan sekalipun kanak-kanak tersebut mengalami masalah komunikasi teruk, kanak-kanak tersebut boleh di ajar membaca. Dengan mengajarnya membaca, sebenarnya boleh membantu secara tidak lansung boleh membantu kanak-kanak ini berkomunikasi. Dalam mengajar kanak-kanak autisma ini membaca, kaedah yang digunakan adalah sedikit berbeza. Pendekatan yang digunakan ialah pembelajaran visual dan perkataan berbentuk arahan. Pendekatan ini boleh dilaksanakan di kelas mahupun di rumah. 

Sebelum itu, perkara yang perlu disediakan ialah:
1. Kertas Board 
2. Maker Pen
3. Bakul
4. Alat untuk bacaan
5. Alat tulis (untuk menulis dan melukis)
6. Kamera Digital
7. Buku Nota

PANDUAN 1.
Gantungkan beberapa kad perkataan pada dinding. Perkataan pada kad terdiri perkataan yang telah di ketahui dan juga perkataan baru bagi mereka. Contohnya perkataan "lari', arah anak tersebut gantungkan perkataan "lari" di sebelah perkataan "saya" (anggaplah perkataan "saya" sudah difahami) sambil menyebut dan mengulang perkataan tersebut. 
Jika perlu beberapa perkara boleh dilakukan mengikut keupayaan anak murid;
1. Arahkan anak murid melukis perbuatan "berlari" di sebelah kad perkataan "lari".
2. Arahkan anak murid melakukan perbuatan "belari"
3. Arahkan anak murid memadankan perkataan "lari" dengan kad imbas "berlari".
*** panjangkan / pelbagaikan ayat mengikut keperluan dan lakukan secara berulang.

PANDUAN 2. 
Isi bakul atau baldi dengan pelbagai jenis bahan bacaan. Bahan-bahan ini boleh berkisar dari fiksyen dan buku non-fiksyen kanak-kanak, majalah alam, manual, brosur perjalanan, atau apa pun yang bergambar atau diagram. Pastikan juga anda menyertakan bahan bacaan yang berkaitan dengan topik yang dipelajari dan juga mampu menarik minat mereka.

PANDUAN 3.
Di satu bahagian di bilik, sediakan satu pusat menulis. Sediakan pelbagai jenis peralatan menulis dan melukis dalam pusat tersebut seperti pen, pensel, marker, warna lilin, pensel warna, chop dan papan menulis magnetic. Galakkan anak murid untuk sering menggunakan peralatan tersebut walaupun kelihatan mereka tidak pun menulis sesuatu perkataan yang dibacanya. 

PANDUAN 4. 
Hasilkan sebuah buku berdasarkan aktiviti yang dilakukan di dalam bilik darjah / rumah. Gunakan kamera digital untuk mengambil gambar pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh anak murid dan tampalkan gambar yang sudah dicetak di dalam buku nota yang disediakan. Galakkan anak murid untuk "membaca"  buku tersebut dengan menambah atau memberi keterangan sendiri terhadap gambar yang dilihat. Atau biarkan  meraka imlak keterangan yakni guru/ibubapa menulis keterangan yang disebut anak murid dan kemudiannya baca kan semula keterangan tersebut kepada mereka.

PANDUAN 5. 
Bacakan kepada mereka sekerap mungkin. Jelaskan detail dalam gambar, dan minta mereka untuk melakukan hal yang sama untuk memastikan bahawa mereka memahami apa yang anda baca.


**TIPS & !!AMARAN
**  Fokus pada perkataan yang anak murid bermotovasi untuk belajar. Contohnya, jika anakmurid suka belajar tentang bunga, membaca tentang bunga, tengok bunga, dan galakkan mereka untuk mengimlakkan cerita bagaimana bunga tersebut membesar/tumbuh.

!! Meskipun kebanyakkan kanak-kanak belajar dengan baik dengan pendekatan phonics, ini sebenarnya jarang berlaku untuk anak autisma. Fokus pada pengajaran bahasa secara keseluruhan sebagai gantinya. Jangan memaksa anak-anak untuk membaca. Sebaliknya, sediakan mereka dengan persekitaran yang boleh memotivasikan mereka untuk mahir dalam kemahiran membaca.

Friday, June 3, 2011

Telatah 2011

Telatah II

Thursday, June 2, 2011

Telatah

Tema Haiwan: Serangga

;;