Posts

Showing posts from October, 2009

Jangan memihak ketika anak bergaduh

Image
Sebagai ibu bapa, anda harus bijak menangani situasi itu tanpa melukakan hati anak-anak anda Oleh Hafizah Iszahanid (hafiza@bharian.com.my) "MAK, tengok abang ni, main tolak-tolak,” atau anda akan kedengaran, “Abang dulu, abang dulu, tepi.. tepi.” Sebagai ibu bapa anda tentu sudah biasa mendengar ayat berkenaan. Pergaduhan antara adik beradik memang sebahagian daripada proses pembesaran mereka. Selalunya, pergaduhan atau bibit-bibit cemburu dimulakan oleh anak yang tua. Misalnya anak sulung yang cemburukan kelahiran adik atau anak tengah yang cemburu pada adik baru. Bagaimanapun, ada juga di kalangan kanak-kanak ini akhirnya mampu bersahabat baik dengan adik beradik sendiri dan saling mempercayai.
“Letihlah tengok budak-budak ni, asyik bergaduh saja.” Anda juga biasa mendengar luahan seperti ini dari rakan anda. Mengapa kanak-kanak bergaduh? Sebenarnya banyak perkara boleh menyebabkan kanak-kanak bergaduh. Walaupun ada kalanya sebagai ibu bapa, kita merasakan ia perkara remeh temeh,…

Stimulasi otak kanak-kanak

Image
Info: Anatomi otak bayi.
Oleh Hafizah Iszahanid ( hafiza@bharian.com.my )Rangsangan perlu dilakukan sejak dalam kandungan dengan pemilihan makanan yang diambil ibu.OTAK adalah organ pertama yang terbina ketika dalam kandungan. Apabila lahir, otak bayi mengandungi sel otak yang berbilion jumlahnya. Ia sentiasa bekerja dan belajar perkara baru. Proses sepanjang hayat ini dipengaruhi faktor luaran dan dalaman. Walaupun kanak-kanak lahir dengan jumlah sel otak yang banyak, namun banyak juga yang ‘hilang’ selepas dilahirkan. Apabila otak mempelajari sesuatu, sel otak berhubung dan menyimpan maklumat. Dalam tempoh yang lama, sel yang kosong akan terhapus bagi membenarkan sel yang menyimpan maklumat berkembang.
Pembentukan penting dalam otak bayi yang sedang membesar bukan saja bergantung kepada faktor genetik tetapi juga pengalaman yang dilaluinya. Oleh itu, stimulasi otak kanak-kanak perlu dibuat sebanyak mungkin. Misalnya membina kemahiran berbahasa membabitkan membaca dan bercakap dengan k…

Sindrom anak mengamuk

Image
Kanak-kanak lingkungan usia dua hingga tiga tahun cenderung untuk mudah marah kerana kehendaknya tidak difahami. Oleh Hafizah Iszahanid ( hafiza@bharian.com.my )


'Temper tentrum' atau mudah marah dialami budak gagal berkomunikasi dengan baik PERNAHKAH anda menjadi perhatian di pusat beli belah gara-gara kerenah si kecil yang tiba-tiba mengamuk? Dia menangis tanpa henti, menghentak-hentak kaki sehinggakan orang yang lalu lalang tersenyum sinis pada anda. Salahkah kalau anda mencubitnya supaya dia diam? Atau menarik telinganya? Atau mungkin anda patut mendukungnya saja dan pulang terus ke rumah.
Kemarahan secara tiba-tiba ini disebut ‘temper tantrum’ dan ia bukanlah kemestian pada setiap kanak-kanak. Namun, di kalangan sesetengah ibu bapa, sikap anak yang baran atau mudah marah memang memeningkan kepala. Lebih sukar lagi jika anak kecil ini tidak makan pujukan dan menangis lebih kuat apabila mereka tidak diendahkan. Pakar sebuah pusat perubatan Amerika Syarikat, Dr Jay Hoecker me…

Sikap pemalu kanak-kanak normal

Image
Oleh Hafizah Iszahanid (hafiza@bharian.com.my)Jika terlalu malu mereka perlu dibantu kerana masalah itu boleh ganggu pembesaran dan pembelajaran mereka. ANAK kecil yang terlalu pemalu ada kalanya merunsingkan ibu bapa. Biasanya kanak-kanak ini tidak mahu berenggang jauh dengan ibu bapa dan sukar bergaul dengan rakan sebaya. Kanak-kanak yang pemalu memang normal, malah sikap pemalu itu boleh dikesan sejak kecil. Biasanya antara 15 hingga 20 peratus kanak-kanak bersikap sedemikian. Bagaimanapun, ia tidak akan mengganggu pembesaran dan pembelajaran mereka seandainya sikap malu itu tidak terlalu ekstrem.
Jika sikap itu mengehadkan pembelajaran, peluang dan pengalaman hingga tidak mahu ke sekolah, anda perlu membantunya. Ia kerana kanak-kanak yang terlalu malu sukar mendapat kawan, tidak banyak bercakap dan tidak didengari di kalangan rakan sebaya. Kerap kali, kanak-kanak yang pemalu mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri dengan situasi baru berbanding kanak-kanak lain. Namun, sebagai …

Tiada ubat untuk sembuhkan disleksia

Image
Oleh Hafizah Iszahanid (hafiza@bharian.com.my)


Hanya sokongan, usaha gigih dapat bantu anak dari segi pembelajaran.
APABILA anak anda masih gagal menulis namanya sendiri walaupun sudah berusia tujuh tahun, jangan cepat mengatakan dia bodoh atau lembam. Pernahkah anda terfikir bahawa anak anda mungkin berhadapan dengan masalah disleksia? Apatah lagi jika dia sukar memahami, mengingati atau mematuhi arahan dan tidak faham konsep masa seperti semalam, hari ini atau esok.
Disleksia adalah masalah kurang kemampuan dari segi pembelajaran menyebabkan mereka bermasalah untuk membaca, mengeja dan memahami. Ia bukan masalah intelektual kerana dari segi IQ mereka bijak tetapi ketidakupayaan membezakan huruf, nombor, menterjemahkan bunyi dan visual dalam penulisan menyebabkan mereka gagal untuk belajar.

Disleksia sebenarnya berpunca daripada perbezaan otak memproses bahasa penulisan dengan bahasa pertuturan. Dipercayai sistem neurologi yang tidak berfungsi dengan betul menyebabkan gangguan pada str…

Estim kendiri pengaruhi peribadi kanak-kanak

Image
Oleh Hafizah Iszahanid (hafiza@bharian.com.my)
Persepsi individu mengenai nilai diri bergantung pada asuhan ibu bapa, latar belakang keluarga, pengalaman awal dalam kehidupan seharian "MAMA, saya rasa akan kalah, saya tak boleh buat." Bagaimana jika itu jawapan yang diberikan anak anda yang berusia empat tahun apabila anda memintanya menyertai pertandingan sukan. Jangan marah dan memaksa mereka. Anak anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah estim kendiri (self-esteem) yang negatif.

Estim kendiri adalah persepsi individu mengenai nilai dirinya pada pandangan orang lain sama ada keluarga atau rakan. Estim kendiri penting bagi kanak-kanak dalam proses pembentukan dirinya. Memiliki estim kendiri yang positif membantu kanak-kanak membesar menjadi seorang dewasa yang berjaya dalam hidup. Pensyarah Psikologi dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor, berkata kanak-kanak melalui tiga peringkat keh…