Posts

Showing posts from November, 2009

Keganasan kartun lebih teruk, mudah ditiru kanak-kanak

Image
Keganasan kartun lebih teruk, mudah ditiru kanak-kanak
Oleh Azrul Affandi Sobry Berita Harian Online -Sumber Gambar- Klik sini!
Ibu bapa kena bijak rancang aktiviti berfaedah untuk anak isi masa lapang daripada dibiar terlalu banyak tonton televisyen "GAIA, Gaia, Gaia!" - Itulah ayat pertama yang terlontar daripada mulut anak kecil penulis yang baru berusia setahun lebih sejurus bangun tidur, menandakan dia mahu televisyen di bilik dipasang filem Ultraman segera. Jika lambat memenuhi kehendaknya, meraunglah jawabnya. Kuat sungguh pengaruh Ultraman kepadanya sehinggakan ketika dia baru mula pandai bertutur sepatah dua perkataan, nama beberapa watak dalam filem itu sudah boleh disebut dengan lancar selain sekadar boleh memanggil 'mummy, daddy, atuk, nenek, opah dan abang'. Malah, antara reaksi paling kerap dilakukannya setiap kali menonton filem itu sama ada di televisyen atau laman web youtube ialah menyilang tangan sambil menjerit 'ciah,ciah' iaitu satu daripada…