Monday, August 17, 2009

Pengurusan Diri: Mandi

Ini cuma gambar hiasan...

Salam.

Hari ini aku buat aktiviti mandi manda. Daripada 6 org, hanya 4 org murid aku yang hadir. Sukanya mereka aktiviti hari ni...Al maklumlah main air. Beberapa perkara yang saya pelajari tentang anak2 ini hari ini.

1. 4 org yang hadir hari ini BELUM BOLEH bukan TIDAK BOLEH menggunakan sabun mandi (jenis sabun buku) dengan betul.

2. Ari & Ian boleh mengenal sabun mandi, syampu rambut, ubat gigi dan berus gigi... Cuma Ian belum dapat membezakan syampu badan dan syampu rambut.

3. Es..sangat suka air. Rasanya ini bukan kali pertama dan terakhir dia mahu mandi di pre sek...pastinya ada esok2 hari.....Es belum tahu menggunakan sabun dengan betul walaupun dengan arahan /bantuan.
4. Nis...lagaknya macam takut air tapi suka. Masih perlukan bantuan dan pemantauan org dewasa..

Selamat Hari Guru: Peningkatan Profesionalisma Guru Prasekolah Pendidikan Khas.

PENAFIAN :  SEBARANG HATI YANG TERGURIS KERANA PERKONGSIAN INI MOHON JGN DISIMPAN DALAM HATI. PENULISAN INI ADALAH HASIL TUGASAN SAYA. ...