Sunday, May 22, 2011

Kemahiran Koordinasi Mata - Tangan


Untuk kemahiran koordinasi mata-tangan dan juga konsentrasi murid. 

perancangan pengajaran dan pembelajaran semester 2 prasekolah integrasi

22 Mei 2011. Wah! sudah masuk di penghujung semester 2 bagi sesi tahun 2011. Tersangatlah lama teacha tidak mengemaskini blog ini. Tidak banyak yang teacha telah kongsikan di ruangan ini. Apapun teacha masih aktif di blog http://www.ceritarasahati2.com/ . Rasa macam banyak sangat benda mahu dikendalikan di tahap ilmu n idea tak berapa berkembang... hehe...


TeaCha kena lakukan perubahan. kena buat perancangan untuk memastikan blog2 Teacha kembali aktif. Kembali memberi manfaat kepada kawan2 TeaCha yang sudi. Doa kan Teacha sihat dan memiliki otak yang cerdas. 


Hari ini TeaCha mahu kongsikan beberapa aktiviti yang sempat TeaCha rakamkan. 


Untuk semester 2 nanti. Tumpuan pengajaran Teacha lebih menjurus kepada akademik. Ya lah dengan harapan kemahiran pengurusan tingka laku, pengurusan emosi dan yang penting pengurusan diri murid Teacha semuanya mencapai tahap mahir tanpa bantuan atau dengan bantuan minima. 






Kalau semester 1 kita lebih byk ala2 bermain, bernyanyi, menari dan bertema...  semester 2 ni kita banyak belajar, dan istilah KSSRnya berteras.  Apapun, TeaCha tidak lupa yg lain. yang belum lagi mencapai tahap2 yg TeaCha harapkan. Kita buat sambil2 lah ya.... biar semua dapat...InsyaAllah. 

Monday, January 3, 2011

Hari pertama 2011

3 Januari 2011 , Isnin, hari pertama persekolahan bagi tahun ini. untuk hari pertama ini Alhamdulillah berjalan lancar. Untuk Minggu pertama dan kedua adalah minggu orientasi. Minggu orientasi  untuk penyesuain diri murid dengan keadaan baru, keadaan persekolahan. Untuk tahun ini seramai 7 orang murid yang ditawarkan masuk ke pra Integrasi. Di mana 4 orang adalah murid yang berumur lima tahun pada tahun 2010. Ini bermakna hanya 3 orang murid baru pada tahun ini. Walaupun sebenarnya ramai yang datang untuk membuat ujian untuk masuk ke prasekolah integrasi selepas itu. Apakan daya tempat adalah terhad. Ibubapa diberi pilihan untuk ke pusat Dalam Komuniti dan juga pusat latihan swasta/NGO. Hanya ada sebuah prasekolah Integrasi sahaja untuk daerah ini dan sekitarnya. saya tiada pilihan kalian sebaliknya tuan/puan punya pilihan.

Berbalik kepada cerita di hari pertama, berjalan dengan baik. Karenah anak2 tidak membingungkan. Ini mungkin kerana majoriti sudah terlatih pada tahun lalu. yang bakinya 3 org itu sahaja perlu diambil perhatian.

3 orang autisma - masalah pertuturan, tumpuan dan respon kurang. cabaran. 

Selamat Hari Guru: Peningkatan Profesionalisma Guru Prasekolah Pendidikan Khas.

PENAFIAN :  SEBARANG HATI YANG TERGURIS KERANA PERKONGSIAN INI MOHON JGN DISIMPAN DALAM HATI. PENULISAN INI ADALAH HASIL TUGASAN SAYA. ...