Program Prasekolah Integrasi menyediakan pengalaman pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang berumur 4+ hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran atau kelas biasa di sekolah rendah.
Thursday, June 2, 2011
Sunday, May 22, 2011
perancangan pengajaran dan pembelajaran semester 2 prasekolah integrasi
22 Mei 2011. Wah! sudah masuk di penghujung semester 2 bagi sesi tahun 2011. Tersangatlah lama teacha tidak mengemaskini blog ini. Tidak banyak yang teacha telah kongsikan di ruangan ini. Apapun teacha masih aktif di blog http://www.ceritarasahati2.com/ . Rasa macam banyak sangat benda mahu dikendalikan di tahap ilmu n idea tak berapa berkembang... hehe...
TeaCha kena lakukan perubahan. kena buat perancangan untuk memastikan blog2 Teacha kembali aktif. Kembali memberi manfaat kepada kawan2 TeaCha yang sudi. Doa kan Teacha sihat dan memiliki otak yang cerdas.
Hari ini TeaCha mahu kongsikan beberapa aktiviti yang sempat TeaCha rakamkan.
Untuk semester 2 nanti. Tumpuan pengajaran Teacha lebih menjurus kepada akademik. Ya lah dengan harapan kemahiran pengurusan tingka laku, pengurusan emosi dan yang penting pengurusan diri murid Teacha semuanya mencapai tahap mahir tanpa bantuan atau dengan bantuan minima.
Kalau semester 1 kita lebih byk ala2 bermain, bernyanyi, menari dan bertema... semester 2 ni kita banyak belajar, dan istilah KSSRnya berteras. Apapun, TeaCha tidak lupa yg lain. yang belum lagi mencapai tahap2 yg TeaCha harapkan. Kita buat sambil2 lah ya.... biar semua dapat...InsyaAllah.
TeaCha kena lakukan perubahan. kena buat perancangan untuk memastikan blog2 Teacha kembali aktif. Kembali memberi manfaat kepada kawan2 TeaCha yang sudi. Doa kan Teacha sihat dan memiliki otak yang cerdas.
Hari ini TeaCha mahu kongsikan beberapa aktiviti yang sempat TeaCha rakamkan.
Untuk semester 2 nanti. Tumpuan pengajaran Teacha lebih menjurus kepada akademik. Ya lah dengan harapan kemahiran pengurusan tingka laku, pengurusan emosi dan yang penting pengurusan diri murid Teacha semuanya mencapai tahap mahir tanpa bantuan atau dengan bantuan minima.
Monday, January 3, 2011
Hari pertama 2011
3 Januari 2011 , Isnin, hari pertama persekolahan bagi tahun ini. untuk hari pertama ini Alhamdulillah berjalan lancar. Untuk Minggu pertama dan kedua adalah minggu orientasi. Minggu orientasi untuk penyesuain diri murid dengan keadaan baru, keadaan persekolahan. Untuk tahun ini seramai 7 orang murid yang ditawarkan masuk ke pra Integrasi. Di mana 4 orang adalah murid yang berumur lima tahun pada tahun 2010. Ini bermakna hanya 3 orang murid baru pada tahun ini. Walaupun sebenarnya ramai yang datang untuk membuat ujian untuk masuk ke prasekolah integrasi selepas itu. Apakan daya tempat adalah terhad. Ibubapa diberi pilihan untuk ke pusat Dalam Komuniti dan juga pusat latihan swasta/NGO. Hanya ada sebuah prasekolah Integrasi sahaja untuk daerah ini dan sekitarnya. saya tiada pilihan kalian sebaliknya tuan/puan punya pilihan.
Berbalik kepada cerita di hari pertama, berjalan dengan baik. Karenah anak2 tidak membingungkan. Ini mungkin kerana majoriti sudah terlatih pada tahun lalu. yang bakinya 3 org itu sahaja perlu diambil perhatian.
3 orang autisma - masalah pertuturan, tumpuan dan respon kurang. cabaran.
Monday, April 19, 2010
Pakar Kanak-kanak: Lewat bercakap
“ANAK saya berusia dua tahun tetapi masih belum bercakap. Bukan tidak boleh atau tidak faham percakapan orang tetapi apabila ditanya, dia hanya menjawab sepatah dua.
“ANAK saya berusia dua tahun tetapi masih belum bercakap. Bukan tidak boleh atau tidak faham percakapan orang tetapi apabila ditanya, dia hanya menjawab sepatah dua.
“Namun apabila sepupunya yang tua setahun daripadanya datang ke rumah, banyak juga perkataan keluar daripada mulutnya,” keluh seorang ibu bercerita mengenai anaknya.
Sebenarnya ada ramai kanak-kanak yang boleh dikategorikan sebagai lewat bercakap. Dianggarkan lima hingga 10 peratus kanak-kanak mengalami gangguan perkembangan yang menyebabkan proses penguasaan bahasa dan percakapan menjadi lambat.
Ibu bapa perlu tahu, perkembangan bahasa tidak hanya merujuk kepada percakapan tetapi juga bentuk komunikasi lain seperti bahasa isyarat, tulisan dan kemahiran visual.
Lewat bercakap boleh disebabkan beberapa masalah dengan:
Dua jenis masalah lambat bercakap ialah kelewatan ekspresif (kesusahan menggunakan percakapan untuk meminta atau berinteraksi) atau kelewatan reseptif (sukar menafsir atau memahami percakapan orang). Ada juga kanak-kanak yang mengalami gabungan kedua-dua keadaan di atas.
Kebanyakan kanak-kanak yang lewat bercakap juga mengalami gangguan perkembangan bahasa (DLD) dengan kelewatan ekspresif tetapi perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali ibu bapa dan objek, bertindak balas terhadap ekspresi muka, mematuhi arahan yang disertakan gerak badan atau tangan yang memberitahu anda mahukan sesuatu atau menuding jari ke arah objek diinginkan) yang normal seperti kanak-kanak lain.
Kanak-kanak ini juga menunjukkan kefahaman normal terhadap percakapan orang lain, kemahiran mendengar (mengenal dan menoleh ke arah bunyi), mematuhi arahan mudah tanpa perlukan ditunjuk dengan perbuatan oleh orang yang memberi arahan, boleh tunjuk anggota badan atau objek yang disebut walaupun sesetengahnya turut mengalami sedikit kelewatan reseptif.
Namun jika diberikan rawatan awal (terapi pertuturan), kebanyakan kanak-kanak boleh bertutur dengan baik apabila masuk sekolah.
Sesetengah kanak-kanak yang menunjukkan tanda kelewatan ekspresif hanya lambat bercakap dan kelewatan tersusun iaitu perkembangan pertuturan berlaku secara berperingkat.
Perkembangan pertuturan dan penguasaan bahasa kanak-kanak ini akan menjadi normal dengan peningkatan umur tanpa sebarang rawatan.
Malangnya sehingga kini tiada kaedah membezakan atau menentukan sama ada seseorang kanak-kanak mengalami kelewatan tersusun yang boleh bertutur dengan peningkatan umur dengan kanak-kanak yang memerlukan terapi.
Masalah pendengaran juga boleh menyebabkan kanak-kanak lewat bercakap. Justeru, kanak-kanak yang disyaki mengalami masalah ini perlu dibawa menjalani ujian pendengaran.
Jangan anggap mereka boleh mendengar hanya kerana kanak-kanak ini menunjukkan tindak balas kepada bunyi tepukan yang kuat, loceng atau datang apabila dipanggil dari bilik sebelah.
Punca lain kelewatan bercakap termasuk masalah membabitkan otak seperti terencat akal dan autisme. Selain kelewatan ekspresif dan reseptif, perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali objek, bertindak balas terhadap mimik muka, mematuhi arahan dengan ditunjukkan pergerakan tangan) juga lambat.
Bagaimanapun, keadaan ‘berat mulut’, malas bercakap atau mempunyai ramai adik beradik yang lebih banyak bercakap atau dibesarkan dalam keluarga bertutur dua bahasa tidak menyebabkan masalah kelewatan bercakap.
Senarai di bawah adalah sebagai panduan terhadap perkembangan percakapan kanak-kanak. Kanak-kanak yang menunjukkan pencapaian 75 peratus, perkembangan pertuturan mereka boleh berlaku secara normal. Namun ini hanya panduan, dapatkan nasihat pakar kanak-kanak jika anak anda tidak menunjukkan perkembangan seperti disenaraikan. Kelewatan bercakap jika disebabkan kurang pendengaran perlu dikenal pasti seawal mungkin.
Perkembangan percakapan
Saringan pendengaran boleh dilakukan pakar kanak-kanak melalui satu ujian mudah (audimetri) apabila mereka boleh memberi kerjasama (biasanya selepas umur empat tahun). Kanak-kanak (dari dilahirkan hingga empat tahun) perlu berjumpa pakar pendengaran untuk ujian selanjutnya.
Jika anda fikir anak anda lewat bercakap, bawa si kecil untuk jalani ujian pendengaran. Pada masa sama kanak-kanak yang ada masalah lewat bercakap juga perlu dirujuk kepada pakar terapi pertuturan atau pakar psikologi jika perlu secepat mungkin.
Pada masa sama ibu bapa juga boleh membantu meningkatkan percakapan anak dengan:
Monday, November 30, 2009
Keganasan kartun lebih teruk, mudah ditiru kanak-kanak
-Sumber Gambar- Klik sini!
Ibu bapa kena bijak rancang aktiviti berfaedah untuk anak isi masa lapang daripada dibiar terlalu banyak tonton televisyen "GAIA, Gaia, Gaia!" - Itulah ayat pertama yang terlontar daripada mulut anak kecil penulis yang baru berusia setahun lebih sejurus bangun tidur, menandakan dia mahu televisyen di bilik dipasang filem Ultraman segera. Jika lambat memenuhi kehendaknya, meraunglah jawabnya. Kuat sungguh pengaruh Ultraman kepadanya sehinggakan ketika dia baru mula pandai bertutur sepatah dua perkataan, nama beberapa watak dalam filem itu sudah boleh disebut dengan lancar selain sekadar boleh memanggil 'mummy, daddy, atuk, nenek, opah dan abang'. Malah, antara reaksi paling kerap dilakukannya setiap kali menonton filem itu sama ada di televisyen atau laman web youtube ialah menyilang tangan sambil menjerit 'ciah,ciah' iaitu satu daripada adegan ditiru daripada babak pertarungan Ultraman menentang raksasa.
Bagi kebanyakan orang, tingkah laku itu menggelikan hati walaupun ada ketikanya dia terlebih kasar sehingga menumbuk abangnya sendiri ketika melihat aksi di filem itu dan kerap juga bertindak melebihi batasan dengan menumbuk dinding serta menyepak apa saja yang ada di depannya. Namun, jika diamati secara mendalam, tingkah itu sebenarnya merisaukan kerana dia kini tidak lagi suka menonton filem lain dan saban masa meminta filem Ultraman ditayangkan tak kira di mana saja berada sama ada di rumah atau ketika di dalam kereta yang turut dilengkapi televisyen kecil di alat penghadang cahaya. Kronik juga melihat tingkah laku dia dan abangnya, bagaikan sudah kemaruk dan ketagih dengan aksi Ultraman sekali gus mendatangkan kerisauan sama ada ia bakal mempengaruhi minda kanak-kanak sekecil itu sehingga mampu menjejaskan disiplinnya ketika remaja nanti.
Mungkin bagi semua orang, ia perkara biasa kerana kanak-kanak memang sukakan aksi sebegitu tetapi memikirkan kanak-kanak adalah golongan yang suka meniru apa yang dilihat, apatah lagi ditonton setiap hari, mana tahu ia juga boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah dan emosinya pada masa akan datang. Ibu bapa pula, mungkin suka memilih jalan mudah melekakan anak supaya tidak mengganggu mereka dengan menyediakan rutin harian, menayangkan filem sedemikian sehingga ia terus menusuk ke jiwa anak kecil itu untuk terus meminati dan mempraktikkan apa yang ditonton.
Terbaru, Kementerian Pelajaran pula menyatakan kerisauan lantaran mereka sudah mengenal pasti pengaruh filem menerusi wayang dan permainan video menjadi antara penyumbang kepada peningkatan masalah disiplin murid sekolah rendah sepanjang Januari hingga Jun tahun ini. Timbalan Menterinya, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata pelajar seawal usia muda itu semakin terdedah kepada keganasan menerusi kedua-dua media berkenaan yang mendorong mereka melakukan kesalahan disiplin di sekolah.
Beliau mengambil contoh filem Terminator sebagai salah satu filem aksi ganas yang memaparkan banyak aksi pergaduhan yang katanya boleh mempengaruhi kanak-kanak tanpa sedar. Realitinya, tak payah mengambil contoh filem berat sebegitu kerana berapa kerat sangat kanak-kanak yang dibawa ke panggung wayang menonton filem seumpamanya dan tak ramai pula ibu bapa yang ada masa untuk melayan kemahuan anak menonton wayang. Tak payah juga terlalu kritikal mengambil contoh drama bersiri berunsur ganas seperti CSI dan pelbagai lagi di televisyen kerana tidak semua kanak-kanak gemar menonton drama yang kurang mempunyai elemen khayalan sebegitu.
Mungkin ramai tidak sedar atau sengaja buat tak perasan bahawa banyak sangat rancangan kartun di televisyen memaparkan aksi ganas dalam bentuk lebih kejam dan lebih cepat menular dalam jiwa kanak-kanak. Ultraman, Ben 10, Dragon Ball, Naruto dan Samurai adalah antara rancangan televisyen kegemaran kanak-kanak yang boleh dikatakan setiap hari disiarkan, malah antara rancangan paling popular dalam saluran 'Cartoon Networks' di Astro. Pakar motivasi kekeluargaan, Dr Rubiah K Hamzah, berkata rancangan kartun yang menyelitkan unsur pergaduhan sebenarnya lebih ganas dan tidak ada had kerana semua kelakuan dan aksi yang berlaku akan dilebih-lebihkan untuk menonjolkan sesuatu yang di luar kebiasaan. Beliau berkata, ramai ibu bapa tak sedar bahawa kanak-kanak pada peringkat usia dua hingga 10 tahun sedang dalam proses mempelajari dan meniru apa yang mereka lihat dan menyimpannya sebagai memori yang akan dilepaskan apabila usianya memasuki 12 tahun.
"Kerana itulah kebanyakan kanak-kanak akan menunjukkan sikap tidak baik ketika memasuki usia 12 tahun kerana ia adalah tempoh mereka melepaskan apa yang dipendam sejak kecil hasil pembelajaran secara tak langsung daripada apa yang dilihat.
"Ketika kecil, apa saja yang dipertontonkan tak kira bahan itu ringan atau berat akan mempengaruhi minda dan emosi mereka. Bagi ibu bapa, kartun mungkin satu elemen hiburan biasa, tetapi mereka tak sedar bahawa keganasan dalam kartun lebih teruk dan lebih mudah ditiru kanak-kanak.
"Dalam kartun, pergaduhan digambarkan secara berlebihan. Potong tangan, kepala, teruk dipukul pun boleh bangun melawan semula. Kanak-kanak hanya faham apa yang dilihat. Mereka akan beranggapan, sakit macam mana sekalipun masih boleh bangun. Mereka akan praktikkan semua itu," katanya.
Justeru, katanya, ibu bapa yang bertanggungjawab menyebabkan anak meniru apa yang ditonton dan secara tak langsung melatih anak menjadi ganas dengan kerap membenarkan mereka menonton rancangan sebegitu. Katanya, kesan rancangan kartun itu boleh dilihat secara jelas apabila kanak-kanak itu suka menendang barang dan berlagak seperti hero dalam rancangan yang ditonton.
"Ibu bapa selalu berfikiran mudah. Bagi mereka itu sekadar kartun tetapi bagi kanak-kanak, ia realiti. Benar-benar berlaku. Lebih teruk lagi, selalunya televisyen kerap memaparkan sedutan aksi paling ganas dalam sesebuah rancangan sebagai promosi dan sinopsis itu akan lebih mudah melekat dalam minda kanak-kanak.
"Silapnya ialah kerana sejak kecil kanak-kanak sudah didedahkan dengan semua itu menyebabkan mereka tak mahu lagi terima rancangan lain sedangkan banyak lagi rancangan kartun yang berfaedah dan banyak nilai positif," katanya lagi. Justeru, katanya, bagi mengimbangi jiwa kanak-kanak dan supaya mereka tidak terus dipengaruhi dengan semua keganasan dalam rancangan kartun, ibu bapa sewajarnya memenuhi masa terluang dalam hidup anak masing-masing dengan aktiviti yang boleh melekakan mereka dalam bentuk lebih positif. Sebagai contoh, katanya, ibu bapa boleh menyediakan banyak aktiviti seperti mainan yang boleh mengasah minda, permainan untuk meningkatkan kemahiran psikomotor dan pelbagai lagi.
"Jangan sibuk memikirkan apa anak nak makan hari ini. Ibu bapa juga perlu sibuk fikirkan apa yang anak nak buat hari ini. Jangan benarkan masa lapang mereka sekadar dipenuhkan dengan menonton kartun. Beri mereka buat aktiviti yang lebih berfaedah tetapi menarik minat mereka.
"Nak dikatakan selama ini ibu bapa silap, tak juga tetapi mereka sebenarnya tak ada perancangan atau salah mengatur hidup anak-anak. Mereka tak pandai memikirkan alternatif terbaik mengisi masa anak mereka. Itu mungkin kelemahan ketara ramai ibu bapa," katanya. Justeru, bagi mengelakkan kanak-kanak sekarang terus membesar dengan jiwa ganas dan merosakkan masa depan mereka, adalah sewajarnya ibu bapa buka mata dan bertindak sebagai pemantau serta menapis bahan yang ditonton anak mereka seterusnya menyediakan mereka dengan aktiviti lebih berfaedah. Jangan nanti, kerosakan hidup mereka adalah berpunca daripada kesilapan dan kealpaan kita sendiri.
Sumber: Berita Harian Online
Subscribe to:
Posts (Atom)
Selamat Hari Guru: Peningkatan Profesionalisma Guru Prasekolah Pendidikan Khas.
PENAFIAN : SEBARANG HATI YANG TERGURIS KERANA PERKONGSIAN INI MOHON JGN DISIMPAN DALAM HATI. PENULISAN INI ADALAH HASIL TUGASAN SAYA. ...
-
PENAFIAN : SEBARANG HATI YANG TERGURIS KERANA PERKONGSIAN INI MOHON JGN DISIMPAN DALAM HATI. PENULISAN INI ADALAH HASIL TUGASAN SAYA. ...













