Program Prasekolah Integrasi menyediakan pengalaman pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang berumur 4+ hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran atau kelas biasa di sekolah rendah.
Saturday, June 23, 2018
Bermain dan kesediaan belajar. Play.
Main ?
Ya, main.
Bagaimana kita hendak memahamkan ibubapa, pentadbir malah rakan sekerja kita sendiri bahawa bermain dikalangan anak- anak berkeperluan khas ini sama pentingnya seperti kemahiran bermain terhadap bayi/ kanak- kanak usia dibawah 5 tahun.
Ya bermain.
Bagaimana kita mahu mereka pandai menulis andai memegang benda pun mereka tidak tahu. Memegang benda kecil, memegang benda bersaiz besar. Ini bukan perkara remeh- temah seperti yang ada diminda kita. Ini perkara asas dalam segala kemahiran bagi seorang kanak- kanak.
Isu kemahiran ini perlu diselesaikan seawal usia.
Jom main.
Tiada satu pun memberi respon paling bahagia.
Semua masing- masing dengan dunia. Satu dengan lego, satu dengan sekumpulan haiwannya, satu dengan khayalannya, satu dengan......
Apa mereka tidak faham perkataan 'main' ?
Boleh jadi mereka tidak faham apa itu perkataan 'main'.
Apalagi bagaimana untuk bermain.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Selamat Hari Guru: Peningkatan Profesionalisma Guru Prasekolah Pendidikan Khas.
PENAFIAN : SEBARANG HATI YANG TERGURIS KERANA PERKONGSIAN INI MOHON JGN DISIMPAN DALAM HATI. PENULISAN INI ADALAH HASIL TUGASAN SAYA. ...
-
Yuuu Huuu! Hari Ahad Petang sudah! esok sekolah dah.... Hari ni TeaCha tetiba teringat angan-angan dan impian TeaCha untuk mengubah persekit...
-
Seperti yang Teacha nyatakan sebelum ini, tahun ini kelas Teacha ada seorang anak murid Autisma yang sudah boleh membaca dalam Bahasa Malay...