Yuuu Huuu! Hari Ahad Petang sudah! esok sekolah dah.... Hari ni TeaCha tetiba teringat angan-angan dan impian TeaCha untuk mengubah persekitaran teratak. Terus terang TeaCha katakan TeaCha tidak berapa suka dengan beberapa "interior design" dalam terak kita kita. Kenapa TeaCha tidak berapa suka? ( Maaf yah... buka TeaCha kurang bersetuju dengan hasil kerja guru atau yang terlibat sebelum ni.... TeaCha amat menghargai... TeaCha kalian faham.... kita ini berbeza dan keperluan serta kesesuaian murid juga berbeza......Sekali lagi maaf jika TeaCha bunyi macam "individualistik"...hehehe, TeaCha sebenarnya stress dibelenggu bayang2 org sebelum TeaCha...oleh itu TeaCha kena buat "renovation" utk membaca "cara" TeaCha sendiri...)
Sebenarnya...makin hari makin TeaCha tidak bermotivasi dan meneruskan angan2... namanya pun dah angan2.... so TeaCha kena tukar jadi IMPIAN atau MATLAMAT. TeaCha dah buat pelan strategik nak buat benda ni.... alih2 tangguh punya tangguh dan beberapa kekangan akhirnya.......... Tak pa lah hari ini TeaCha mengumpul maklumat semula.... jom kita tgk teratak orang lain dan belajar dari situ! Bila dah siap Pelan Strategik ni... Semoga ianya bukan IMPIAN SIOK SENDIRI TeaCha.... ;-)
Setelah hampir lima tahun berkecimpung dalam bidang perguruan pendidikan khas bermasalah pembelajaran ini. TeaCha perhatikan banyak sekali yang perlu TeaCha pelajari dan perlu ubahsuai mengikut cantuman ilmu dan pengalaman demi kebaikan yang diajar dan juga pengajar macam TeaCha.
Teacha percaya umum sudah tahu dan jelas bahawa tumpuan anak-anak bekeperluan khas ini mudah terganggu terutamanya ketika sedang menyiapkan tugasannya. Berdasarkan TeaCha, beberpa perkara yang berkemungkinan besar menganggu daya tumpu anak-anak khas ini.
Pernahkah anda masuk sebuah bilik yang berwarna warni dan anda berasa kurang selesa atau pun tiba-tiba anda rasa stress dengan sekitar itu. Dengan warna-warna terang dan pelbagai itu membuatkan anda seperti ingin pening, pandangan kurang selesa.
Warna memberi boleh faktor kepada apa emosi kita. Bagi anak-anak khas ini, terlalu banyak warna pada dinding serta poster atau arahan-arahan yang berwarna-warni yang menarik ditampal atau dipaparkan pada dindidng kelas sebenarnya bukan sahaja boleh mengganggu tumpuan murid untuk menyiapkan tugasannya malah emosinya dan seterusnya menimbulkan tingkah laku tidak diingini.
Ryn- seorang anak autism, dia lebih tertarik menulis semula huruf-huruf jawi yang ada di dinding berbanding menyiapkan tugasannya memadankan nombor dengan bilangan gambar. ;-).
Masalahnya, Ryn akan menconteng lantai dan dinding.... ;-).
Bunyian dari dalam atau luar kelas juga boleh menjadi faktor kepada gangguan tumpuan anak-anak khas. Contohnya bunyi dari Kakak Ain menggoreng ayam..hehehe, bunyi dari printer TeaCha sedang cetak lembaran kerja, bunyi dari Ustazah Nur membuka grill dan bunyi dari beberapa peralatan elektrik seperti penghawa dingin, pemanas air dan etc. Bunyian dari luar seperti murid lain yan lalu lalang, bunyi enjin/hon kereta serta bunyi pembesar suara juga boleh mengganggu kosentrasi mahupun emosi murid.
Nas- Seorang anak yang dikategorikan mental development delay (fizikal juga sebenarnya) mudah terganggu sekiranya ada bunyi mesin rumput, traktor, lori dan kapal terbang lalu. serta merta Nas lari mencari arah bunyi tersebut serta sanggup ke arah kenderaan tersebut tidak pun, berdiri depan pintu atau tepi tingkap dalam tempoh masa yang lama dengan "kosentrasi yg mendalam". Tindakannya sangat berbeza bila berhadapan dengan aktiviti p & p atau tugasan.
Cahaya! Cahaya bukan sahaja boleh menimbulkan "stress" pada mata kita sebagai orang dewasa. Ada ketika jika cahaya terlalu terang atau malap, boleh mengakibatkan emosi kita juga terganggu. Dengan itu, cuba kita fahami kanak-kanak khas. Berbeza dengan mereka, kita sebagai orang dewasa berupaya mengawal emosi kita. Sebaliknya, kanak-kanak terutamanya anak-anak khas hanya menunjukkan ketidak selesaan dengan ekpresi emosi, tingkah laku dan kosentrasi. Lampu cahaya kalimantang atau cahaya di luar yang terlalu terang misalnya boleh menganggu penglihatan mereka dan juga boleh datang bersama dengan haba panas.
Faktor gangguan-gangguan di atas datang secara tidak lansung dan datangnya adalah sesuatu yang agak mustahil untuk kita mengelaknya 100%. Apa yang boleh kita usahakan ialah mengurangkannya atau meminimakan punca-punca gangguan tersebut. Menyediakan sebuah kelas yang kondusif, dan lebih selesa untuk anak-anak khas ini perlu mengambil kira keperluan serta praktikalnya "dekorasi" kelas tersebut untuk pergerakkan dan pembelajaran secara lansung atau tidak lansung. Terlalu banyak perabot boleh menyekat luasnya pergerakkan. Terlalu tersusun / disimpan rapi alat permaianan boleh menyekat kebebasan dan peluang anak-anak khas ini menggunakan alat tersebut dan ini secara tidak lansung menyekat kreativiti dan pembelajaran mereka melalaui bermain. TeaCha lebih suka anak-anak TeaCha bebas menyentuh dan bermain dengan alat2/bbm yang ada. Melalui itu, TeaCha boleh melihat sikap ingin tahu mereka, TeaCha boleh melihat samada mereka tahu fungsi alat bbm tersebut dan juga cara untuk mendisiplinkan diri mereka untuk menyimpan semula peralatan mengikut kategori selepas menggunakannya.
Ermmm.... Teacha ada mengumpul beberapa maklumat mengenai "setting" yang kondusif dan praktikal ini untuk anak-anak kahs ini. Sebenar untuk mencari idea untuk transformasi teratak kami juga... kalaulah tiada halangan dan jodoh TeaCha panjang di sini.....
Bila TeaCha melayari internet mencari rujukan ternyata, apa yang dalam fikiran TeaCha tentang sebuah interior sebuah kelas untuk anak-anak khas adalah lebih kurang seperti mana tip atau panduan yang diberikan oleh 'rujukan2' tersebut. Tidak perlu terlalu "sesak" dan beberapa perabot/peralatan yang sepatutnya ada tapi tiada atau yang sepatutnya tiada tapi ada.. ;-).
Jom! kita lihat tip2 berikut: - Sumber: Do 2 Learn (sila klik untuk ke web)
Tips for Creating a Calming and Predictable Environment |
|
|
Suka cita TeaCha sertakan link2 yang Teacha boleh rujuk dan rujuk (akan ditambah dari semasa...)...
3. Do 2 Learn
4. I Autistic
5. Yahoo