Saturday, June 23, 2018

Bermain dan kesediaan belajar. Play.


Main ?
Ya, main.

Bagaimana kita hendak memahamkan ibubapa, pentadbir malah rakan sekerja kita sendiri bahawa bermain dikalangan anak- anak berkeperluan khas ini sama pentingnya seperti kemahiran bermain terhadap bayi/ kanak- kanak usia dibawah 5 tahun.

Ya bermain.
Bagaimana kita mahu mereka pandai menulis andai memegang benda pun mereka tidak tahu. Memegang benda kecil, memegang benda bersaiz besar. Ini bukan perkara remeh- temah seperti yang ada diminda kita. Ini perkara asas dalam segala kemahiran  bagi seorang kanak- kanak.
Isu kemahiran ini perlu diselesaikan seawal usia.

Jom main.
Tiada satu pun memberi respon paling bahagia.
Semua masing- masing dengan dunia. Satu dengan lego, satu dengan sekumpulan haiwannya, satu dengan khayalannya, satu dengan......

Apa mereka tidak faham perkataan 'main' ?
Boleh jadi mereka tidak faham apa itu perkataan 'main'.
Apalagi bagaimana untuk bermain.


Selamat Hari Guru: Peningkatan Profesionalisma Guru Prasekolah Pendidikan Khas.

PENAFIAN :  SEBARANG HATI YANG TERGURIS KERANA PERKONGSIAN INI MOHON JGN DISIMPAN DALAM HATI. PENULISAN INI ADALAH HASIL TUGASAN SAYA. ...